Search

Kita perlu banyak berguru.
.
makin rama...

  • Share this:

Kita perlu banyak berguru.
.
makin ramai kita berguru dan belajar. Rupanya kita baru tahu, bahawa banyak lagi kita tak tahu dan perlu belajar.
.
di era makin canggih ini. banyak pandangan hingga mengelirukan orang ramai dan kita sendiri. janganlah kita menjadi salah seorang yang mengelirukan orang lain.
.
jika kita tak bersependapat, harap jangan kecam dan keji sesama kita. Rasulullah SAW dalam dakwah sangat menjaga adab.
.
Alhamdulillah saya sering di nasihatkan oleh murabi-murabi saya. kalau ada kekeliruan terus tanya mereka. jangan tanya pada bukan ahlinya.
.
antara yang disampaikan oleh murabi saya tempoh hari ialah Mufti membuat hukum berdasarkan (usul fiqh) Islamic Jurisprudence yang berasaskan Quran dan Sunnah juga.

Antara WAJIB elak mudharat untuk menjaga nyawa dan SUNNAH dalam berjemaah, pastinya yg WAJIB lebih kuat.
.
Tak pasti kita mesti rujuk kepada yang pakar. jangan rujuk orang yang tidak arif contoh seperti SAYA iaitu seorang artis.
.
artis ini ibarat GULA, ia penarik kepada semut.
.
Jika betul sukatan GULA nya , insyaALLAH sedap dan memberi manfaat.
.
Jika terlebih sukatan GULA nya, ia menjadi penyakit yang menerimanya
.
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang
.
#adamcorrie
gambar tgh sarapan sebelum nak shooting hari ini.
👕 : www.adamcorrie.my


Tags:

About author
not provided